menyandarkan pada keperibadian tokoh-tokoh tertentu semata-mata.
Sesungguhnya, tidak menjadi masalah untuk berharap pada individu yang soleh kalau sistem atau aturan kehidupannya sudah sahih. Dalam sistem yang sahih, individu yang salih akan menjadi inspirasi dan motor penggerak untuk menjalankan sistem yang sahih tersebut. Namun, jika sistemnya belum tepat dan sahih, inspirasi dan kebaikan dari individu yang sahih tidaklah cukup untuk membawa sebarang pembaikan.
Perubahan Mendasar Menerusi Pemikiran Islam
Perubahan, Itulah janji yang sentiasa dilaung-laungkan oleh mana-mana parti politik yang terlibat dalam pilihanraya demokrasi di seluruh dunia. Yang paling mahir memanfaatkan isu ini, pasti mereka akan dipilih oleh rakyat yang bosan dengan kerajaan pemerintah yang sedia ada dan menginginkan perubahan yang nyata. Akan tetapi, apabila kita melihat realiti senario politik Malaysia pada hari ini, bolehkah kita meraih perubahan islami yang dicita-citakan, hanya dengan
menyandarkan pada keperibadian tokoh-tokoh tertentu semata-mata.
Sesungguhnya, tidak menjadi masalah untuk berharap pada individu yang soleh kalau sistem atau aturan kehidupannya sudah sahih. Dalam sistem yang sahih, individu yang salih akan menjadi inspirasi dan motor penggerak untuk menjalankan sistem yang sahih tersebut. Namun, jika sistemnya belum tepat dan sahih, inspirasi dan kebaikan dari individu yang sahih tidaklah cukup untuk membawa sebarang pembaikan.
Lihat saja, misalnya, gejala rasuah yang kritikal di beberapa tempat di dunia.- dan Malaysia tidak terkecuali. Individuindividu yang sahih dan beretika sekalipun, hanya sekadar tidak menerima atau memulangkan wang rasuah tersebut, tetapi tidak sampai menghentikan terus barah rasuah tersebut. Maka terbukti, penolakan terhadap maksiat daripada beberapa individu yang salih, tidak secara automatik menghentikan maksiat-maksiat tersebut.
Maksiat atau sebarang bentuk perlanggaran hukum Allah, pada dasarnya berpunca dari dua pintu: pintu keinginan dan pintu peluang. Sistem yang rosak dan tidak sahih telah membuka pintu peluang untuk melakukan maksiat seluas-luasnya. Sehinggakan, individu-individu yang pada asalnya tidak terbuka pintu keinginannya untuk melakukan maksiat pun, dalam sistem yang rosak, berkemungkinan besar akan terdorong dan terjerumus ke dalam pelakukan maksiat.
Sebaliknya, sistem yang sahih akan menyempitkan pintu peluang bagi individu-individu melakukan jenayah atau maksiat. Sehinggakan yang berkeinginan melakukan maksiat pun akan tercegah. Sebab, sistem yang sahih tersebut akan secara sistematik menutup pintu-pintu peluang seterusnya menghentikan keinginan jahat individu tersebut.
Sangat wajar apabila Rasulullah Saw, dalam perjuangan dakwahnya, berusaha melakukan perubahan masyarakat tidak sekadar melakukan perubahan individu, atau menunggu agar setiap individu Mekah untuk menjadi baik. Sebab, Rasululah Saw sedia maklum, kerosakan yang terjadi pada masyarakat di Mekah adalah bersifat sistemik: menyangkut pandangan hidup masyarakat (aqidah) dan aturan-aturan kehidupan mereka. Oleh kerana itu, Rasulullah Saw dalam usaha dakwahnya berusaha mengubah akidah masyarakat yang keliru dan mengkritik aturan-aturan Jahiliah yang mengatur kehidupan mereka sehari-hari.
Namun begitu, tidak bermaksud perubahan yang mendasar untuk menyelesaikan krisis dalam masyarakat tidak memerlukan individu-individu yang salih. Perubahan seharusnya memerlukan individu-individu yang terbina pola pikir ('aqliyyah) maupun pola jiwa (nafsiyyah)-nya. Akan tetapi, perubahan bukanlah bererti menunggu agar setiap individu dalam masyarakat berubah menjadi salih dulu, dengan alasan, individu yang salih secara automatik akan mengubah system menjadi sahih; atau cukup dengan mengangkat persoalan-persoalan per individu sambil berharap supaya
terjadinya perubahan sistem secara automatik.
Perubahan mendasar sesungguhnya -di samping memerlukan sejumlah (bukan seluruh masyarakat) individu-individu yang salih, yang akan menjadi penggerak perubahan- ianya juga memerlukan usaha membangun kesedaran umum di tengah-tengah masyarakat sehingga terbentuk pendapat umum (ra'yul 'am) yang mendokong terjadinya perubahan beserta dokongan dari golongan elit politik yang berpengaruh. Hanya dengan itu, sistem yang sahih akan terbentuk, dan sistem yang sahih inilah yang akan membentuk dan menjaga setiap individu masyarakat.
Rasulullah Saw telah membentuk individu-individu yang salih, yang menjadi penggerak-penggerak perubahan. Mereka diubah dengan acuan Islam sehingga memiliki keperibadian islamiah (syakhsiyyah Islâmiyyah) yang sejati. Namun, bukan bererti dalam dakwahnya Rasulullah Saw menunggu agar individu-individu Mekah berubah dulu semuanya menjadi baik.
Bahkan sebelum majoriti penduduk Mekah menerima Islam sekalipun, Rasulullah Saw sudah berusaha menyampaikan dakwahnya kepada orang-orang di luar Mekah seperti penduduk Thaif dan Madinah.
Dalam perjuangan dakwahnya, Rasulullah Saw tidak berhenti sekadar pada pembahasan individu, tetapi juga, dengan berani mengkritik pandangan hidup dan aturan kehidupan masyarakat Jahiliyyah yang rosak, yang diterima oleh masyarakat Mekah ketika itu. Baginda saw menghina berhala-berhala mereka, mengkritik kebiasaan buruk perdagangan di Mekah yang penuh dengan tipudaya, menyangkal tradisi melecehkan anak perempuan dengan menanam dan
membunuhnya, serta mempersoalkan ketidakprihatian mereka terhadap anak-anak yatim dan golongan fakir miskin. Maka, tidak hairan apabila masyarakat Mekah memberi tentangan yang keras terhadap dakwah Rasulullah Saw.
Perubahan: Harus Dimulakan Dari Sistem
Apa yang terjadi di tubuh umat pada saat ini, adalah persoalan sistemik yang meliputi pandangan hidup yang menjadi asas kehidupan masyarakat, dan aturan kehidupan yang diterapkan di tengah-tengah mereka. Hari ini, akidah Islam tidak lagi menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Sungguhpun, secara per individu, kaum Muslim masih berakidah Islam, akan tetapi, akidah Islam hanya menjadi asas dalam kehidupan per individu kaum Muslim seperti solat,
puasa, zakat, dan ibadah ritual lainnya; tetapi, belum menjadi asas dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, yang menjadi asas kehidupan adalah ideologi sekularisme. Buktinya, asas negara bukanlah akidah Islam, dan kedaulatan untuk membuat hukum pun diserahkan bulat-bulat kepada manusia. Dari asas sekular inilah, kemudiannya muncul aturan-aturan kehidupan yang juga sekular. Secara umum, aturan ekonomi, politik, pendidikan, peradilan, pada ketika ini, didasarkan pada sistem sekular, bukan hukum-hukum yang datiag dari Ilahi. Ertinya, persoalan sekarang ini adalah persoalan sistemik, bukan sekadar persoalan per individu.
Selama asas kehidupan negara masih sekularisme dan aturan kehidupan Malaysia juga masih sekular, jangan berharap akan terjadi perubahan yang mendasar. Ini kerana, sistem sekular inilah yang justeru, akan menjadi akar kepada pelbagai permasalahan masyarakat pada saat ini, dan Malaysia tidak terkecuali. Asas negara yang sekular telah memandulkan hukum-hukum Islam menjadi sekadar persoalan per individu, moral, dan ritual ibadah semata-mata.
Kalaupun ada pengadilan Islam, ianya tidak lebih sekadar pengurusan nikah-kahwin, pewarisan dan talak. Itu pun masih dipersoalkan oleh beberapa golongan, terutama kaum Islam Liberal. Akibatnya, Islam tidak lagi berfungsi sebagai penyelesaian permasalahan kehidupan manusia (mu'alajah lil masyakil insan).
Pandangan hidup yang sekular ini juga, telah merosak asas ketakwaan yang seharusnya dimiliki oleh para pekerja kerajaan. Maka, tidak perlu hairan, jikalau rasa takut para pekerja kerajaan kepada Allah SWT untuk bermaksiat menjadi hilang. Rasuah bermaharajalela. Para penguasa juga tidak lagi takut menelantarkan rakyatnya dengan membentuk polisi-polisi yang menguntungkan mereka dan merugikan rakyat seperti: menaikkan harga tol, menaikkan tarif kesihatan dan pendidikan, mencabut subsidi minyak dan diesel, dan lain-lain.
Lebih dari itu, pandangan hidup sekular ini telah menjadikan kerakusan terhadap harta dan kekuasaan, menjadi tujuan hidup. Dalam situasi seperti ini, kenaikan gaji juga tidak membawa banyak perubahan. Penguasa yang seharusnya menjadi pelayan masyarakat berubah menjadi pemeras dan perampas hak-hak masyarakat, semata-mata untuk mengumpulkan kekayaan peribadi sebanyak-banyaknya.
Seterusnya, seandainya tidak ada perubahan aturan-aturan kehidupan bernegara, jangan berharap akan terjadinya perubahan. Contohnya, senario politik yang terjadi pada pemerintahan baru di Negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia. Susio Bambang Yuridono yang memenangi pilihanraya, telah memilih menteri-menteri yang dikenal sebagai pro IMF, menunjukkan tidak ada keinginan kuat dari penguasa baru tersebut untuk mengubah polisi ekonomi Indonesia yang
selama ini bergantung harap pada IMF. Ertinya, polisi-polisi ekonomi pada masa hadapan akan tetap menggunakan standard Kapitalisme, yang justeru sebenarnya telah menyebabkan penderitaan rakyat. Beban utang luar negeri yang tinggi, dicabutnya pelbagai subsidi dan penswastaan syarikat-syarikat kerajaan nampaknya akan tetap berlangsung. Padahal, sudah sedia maklum bahwa polisi-polisi ala Kapitalisme inilah yang justeru telah memiskinkan rakyat.
Senario politik dalam negara demokrasi-kapitalis, tidak jauh berbeza antara sebelum dan selepas pilihanraya selama asasnya tetap sekular. Sistem demokrasi yang dibangga-banggakan tidak lebih merupakan eksploitasi dari parti pemerintah ke atas rakyat, semata-mata untuk kepentingan mereka. Paradigma politik yang didasarkan pada usaha mempertahankan dan merebut kekuasaan telah melahirkan sikap mementingkan diri para penguasa dan wakil rakyat.
Perebutan jawatan-jawatan di Majlis Perhimpunan Agung Tahunan baik UMNO mahupun MCA baru-baru ini, tidak ada kaitan langsung dengan kepentingan rakyat. Itu tidak lebih dari usaha membangun bargaining power di antara mereka sendiri, dan politik wang ini akan terus berlangsung di mana-mana MPAT. Sudah menjadi rahsia umum, tidak mustahil kalau-kalau pengesahan dasar-dasar adalah projek peribadi para wakil rakyat dan penguasa untuk mencari harta, yang terjadi apabila kekuasaan dianggap sebagai peluang perniagaan. Akibatnya, kekuasaan bukan dimaksudkan untuk mengurus rakyat, tetapi untuk 'memerah' kekayaan dan hak-hak rakyat.
Berpolitik akan dijadikan alat untuk mengembalikan modal selama kempen politik dan meraih keuntungan dari wang yang selama ini telah dibelanjakan. Kalau masih seperti ini, pihak pemerintah akan tetap mengeluarkan polisi-polisi yang tidak berpihak kepada rakyat, tetapi lebih berpihak kepada pemilik modal.
Hanya Islam Sebagai Penyelesaian
Tidakkah kita cukup menderita selama lebih dari 50 tahun di bawah sistem sekular? Sudah berapa kali terjadi pergantian kepada ketua negara? Semuanya menjanjikan perubahan. Mereka pun lengkap dengan para menteri, dengan penyelesaian-penyelesaian kapitalisnya. Janji demi janji pun telah berulang diucapkan. Apakah berhasil? Tidak sama sekali!
Sudah berapa pakar ekonomi kapitalis yang mengurus ekonomi rakyat? Mereka semuanya sangat pakar, ramai di antara mereka yang berkelulusan luar negera, tetapi ternyata mereka tidak mampu memberikan penyelesaian bagi rakyat. Namun ia juga gagal, bahkan membuat krisis semakin menjadi-jadi. Lalu masihkan kita berharap pada sistem kapitalis seperti ini?
Saatnyalah kita kembali pada Deenul Islam sebagai penyelesaian kehidupan kita. Deenul Islam yang bersumber dari wahyu Allah adalah sistem sempurna kerana bersumber dari Zat Yang MahaSempurna, Allah SWT. Dialah Yang menciptakan manusia dan paling tahu tentang apa yang terbaik untuk manusia. Namun sayang, kita justeru telah mencampakkan Deenul Islam ini, dengan menggantinya dengan aturan hidup kapitalis yang berasal dari penjajah.
Dicampakkannya aturan Islam, terutama dalam masalah kehidupan bermasyarakat dan bernegara ini, telah menyebabkan penderitaan ke atas rakyat. Allah SWT telah mengingatkan kita tentang hal ini. Semuanya adalah natijah dari kemaksiatan kita kerana tidak berhukum pada hukum-hukum Allah SWT. Mahabenar Allah SWT dengan firman-Nya:
"Siapa saja yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Siapa saja yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Qs. Thaha [20]: 123-126).
Oleh yang demikian, kalau kita taat kepada Allah dan Rasul-Nya dengan cara menerapkan syariat Islam, kita tidak akan tersesat dan menempah jalan kehinaan. Sebagaimana yang telah diiwasiatkan oleh Rasulullah Saw melalui sabdanya:
"Aku telah meninggalkan untuk kamu dua perkara; (yang) kamu tidak akan tersesat selama berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya." [HR. Malik].
Di sinilah keutamaan kita untuk menjadikan kembali al-Qur'an dan as-Sunnah, sebagai sumber perundangan kita. Dengan kata lain, kita wajib menjadikan aqidah Islam sebagai asas dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, seterusnya menerapkan hanya dan hanya aturan kehidupan Islam. Ini tidak dapat dilakukan tanpa ditegakkan pemerintahan Islam yang sahih, yang dikenali sebagai Daulah Khilafah Islamyah. Naungan Islam di bawah bimbingan Ilahi inilah yang akan memberikan penyelesaian ke atas pelbagai urusan kehidupan kita, insya-Allah. Oleh itu, jika sistem pemerintahannya masih sistem sekular, jangan mengharapkan akan terjadi perubahan ke arah yang lebih baik. Wallâhu a'lam bi ash-shawâb.
No comments:
Post a Comment