Setiap remaja harus waspada bahawa bumi kita ini bukanlah sebuah syurga yang selama-lamanya aman damai. Remaja harus mengerti bahawa dunia ini sebenarnya sebuah gelanggang hidup yang penuh dengan pergolakan dan percubaan.
Kerana itu setiap remaja harus dibimbing dengan satu sikap hidup yang tegas dan pandangan hidup yang tabah. Masa demi masa akan berlalu memahami usia setiap remaja. Jadi ke arah mana harus remaja meniti lorong-lorong hidup ini jika mereka tidak punya perancangan yang tetap dalam menilai aspek hidup ini?
Tuhan berfirman dalam Al Quran yang bermaksud:
“Orang yang kafir di dalam usaha mereka (mencapai kesenangan dunia) adalah seperti fatamorgana di padang pasir. Dari jauh disangka air, setelah mereka sampai di tempat itu kiranya tidak ada satu apapun juga. Mereka itu dihisab di sisi Allah SWT dan Allah cepat sekali menghisab.”
(An Nur:39)
Masa yang kita tempuh sering membuatkan insan itu belajar dari kehidupan. Dengan bimbingan agama Islam, seseorang itu dapat memandang hidup ini dengan pandangan yang optimis. Dengan pedoman Islam seseorang itu akan mendapat kedamaian dan ketenteraman dalam hidup ini.
Waktu yang begitu berharga janganlah digunakan ke jalan yang menyimpang dari lunas-lunas Islam. Akibatnya seseorang itu akan hidup dalam kerugian yang berpanjangan dan penyesalan yang tidak berkesudahan. Menyeseali nasib memang tidak ada gunanya jika sudah terlanjur jauh. Oleh itu waspadalah pada hakikat hidup yang sebenarnya tanpa mengenepikan nilai yang baik dalam menghayati agama.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Maka berlumba-lumbalah di dalam membuat kebaikan.”
(Al Baqarah:148)
Petikan dari buku “REMAJA MENGENAL DIRI” oleh Puan Amina Hj Noor tiap remaja harus waspada bahawa bumi kita ini bukanlah sebuah syurga yang selama-lamanya aman damai. Remaja harus mengerti bahawa dunia ini sebenarnya sebuah gelanggang hidup yang penuh dengan pergolakan dan percubaan.
Kerana itu setiap remaja harus dibimbing dengan satu sikap hidup yang tegas dan pandangan hidup yang tabah. Masa demi masa akan berlalu memahami usia setiap remaja. Jadi ke arah mana harus remaja meniti lorong-lorong hidup ini jika mereka tidak punya perancangan yang tetap dalam menilai aspek hidup ini?
Tuhan berfirman dalam Al Quran yang bermaksud:
“Orang yang kafir di dalam usaha mereka (mencapai kesenangan dunia) adalah seperti fatamorgana di padang pasir. Dari jauh disangka air, setelah mereka sampai di tempat itu kiranya tidak ada satu apapun juga. Mereka itu dihisab di sisi Allah SWT dan Allah cepat sekali menghisab.”
(An Nur:39)
Masa yang kita tempuh sering membuatkan insan itu belajar dari kehidupan. Dengan bimbingan agama Islam, seseorang itu dapat memandang hidup ini dengan pandangan yang optimis. Dengan pedoman Islam seseorang itu akan mendapat kedamaian dan ketenteraman dalam hidup ini.
Waktu yang begitu berharga janganlah digunakan ke jalan yang menyimpang dari lunas-lunas Islam. Akibatnya seseorang itu akan hidup dalam kerugian yang berpanjangan dan penyesalan yang tidak berkesudahan. Menyeseali nasib memang tidak ada gunanya jika sudah terlanjur jauh. Oleh itu waspadalah pada hakikat hidup yang sebenarnya tanpa mengenepikan nilai yang baik dalam menghayati agama.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Maka berlumba-lumbalah di dalam membuat kebaikan.”
(Al Baqarah:148)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment