Putera Charles apabila ditanya apakah penyelesaian bagi krisis yang melanda sistem kapitalisme menjawab supaya melihat unsur-unsur yang ada dalam ideologi sosialisme. Jawapan ini tidak pelik kerana Putera Charles bukan beraqidah Islam. Sebagai orang yang mempercayai Krsitian dalam bab ketuhanan, samada mengguna pakai ideologi kapitalisme atau sosialisme tidaklah bertentangan dengan ajaran tersebut.
Tetapi bagaimana pula dengan individu muslim? Sememang pengelolaan minyak di dunia hari ini berdasarkan ideologi kapitalisme. Apakah wajar seorang yang mengaku beriman, masih menggunakan cadangan-cadangan dalam konteks kapitalisme untuk menyelesaikan masalah harga minyak. Atau mungkin ada yang bersetuju dengan Putera Charles untuk mengambil nilai ‘baik’ yang ada sistem sosialisme? Atau adakah Islam mempunyai pengaturan dalam memcahkan permasalahan ini dan inilah penyelesaian yang wajib kita ambil.
Antara Cadangan-cadangan Dalam Konteks Kapitalisme
Jika telusuri pelbagai cadangan yang dilontarkan masih lagi dalam konteks Kapitalisme. Antaranya:
1) Menggunakan keuntungan PETRONAS untuk menampung subsidi kenaikan harga minyak.
2) Haraga minyak tidak wajar dinaikkan kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak.
3) Meletakkan PETRONAS dibawah bidang kuasa Perlimen, bukan di bawah Perdana Menteri sebagaimana hari ini.
4) Menggesa Negara-negara OPEC untuk meningkatkan pengeluaran minyak.
5) Memilik negarakan minyak seperti Venuzuela.
Pandangan Islam Tentang Hukum Kepemilikan
Segala yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Oleh itu kepemilikan adalah izin Allah untuk memiliki harta tersebut. Firman Allah Taala yang bermaksud
“..dan kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”
Oleh itu manusia hanya memiliki harta atas keizinan Allah swt. Haram hukumnya memiliki harta dengan jalan yang haram atau memiliki harta yang haram dimiliki. Berbeza dengan ideologi kapitalisme yang memberikan hak kepada mana-mana individu untuk memiliki dan juga sosialisme yang memilik negara kebanyakan kekayaan alam.Sedangkan Islam mengkategorikan kepemilikan kepada 3, iaitu:-
1) Hak Milik Individu
2) Hak Milik Negara
3) Hak Milik Umum
Penulisan ini menjadi sangat panjang jika kita mahu membahaskan semua kategori kepemilikan ini. Saya rasa cukup jika melihat sepintas lalu makna-makna kepemilikan tersebut kecuali kepemilkan umum yang akan dibincang dalam penulisan berikutnya.
Hak milik individu adalah hak milik yang diizinkan oleh Syari’ (Allah dan Rasul) untuk dimiliki oleh individu-individu. Contohnya adalah seperti rumah, kereta, buku dll.
Manakala hak milik negara adalah hak milik yang dizinkan oleh syari’ untuk dimiliki oleh negara. Antaranya adalah jizyah, ghaminah, fa’i, usyur, kharaj, marafiq, shawafi, rikaz dan dhoribah.
Manakala hak milik umum adalah hak milik yang diizinkan oleh syari’ untuk dimiliki oleh rakyat. Negara hanya bertindak sebagai pengelola, bukan tuan punya. Contohnya adalah seperti Kaabah, jalan raya, mina, muzdalifah, harta galian bumi yang jumlahnya dikategorikan sebagai ma’ ul idd(umpama air yang mengalir) seperti emas, perak, petroleum, besi, timah, gas asli dan lain.
InsyaAllah kita akan sambung pembahasan berkenaan milkiah ammah(hak milik umum) dalam penulisan sepenuh. Juga bagaimana minyak sebagai salah satu dari hak milik ummat ini wajib diuruskan oleh Negara Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment